Archive for February, 2006

tips mencantikkan wajah!!

Saturday, February 11th, 2006

BEGINI CERITANYA……

al-ahnaf bin qais adalah seorang ulama yang terkenal di zaman hidupnya.

Pada suatu hari, datang seorang pemuda dari suku Taiyi berkunjung ke rumahnya.

Kedatangan pemuda itu menarik perhatian al-ahnaf.

Beliau mendapati pemuda itu sangat TAMPAN serta KACAK, lalu dia pun bertanya, " Wahai orang muda, adakah engkau menghiasi wajahmu dengan sesuatu?"

" Benar tuan, sesungguhnya saya ada hiasi wajah saya dengan sesuatu," ujarnya dengan sopan dan pendek.

" Kalau saya berackap, saya tidak berbohong.

" Kalau ada orang sedang bercakap, saya mendengarnya.

" Kalau berjanji, saya akan tepati.

" Dan kalau saya diberikan amanah, tidak saya khianati.

Mendengan jawapan yang bernas itu, maka berkatalah al-ahnaf sambil memuji,

" Benar katamu itu wahai orang muda. Sesungguhnya engkau telah menghiasi dirimu dengan sifat akhlak terpuji."

_____selamat mencuba____

wat we have with FRIDAY?

Friday, February 10th, 2006

disaat ramai pelajar universiti bersorak keriangan kerana cuti pada hari jumaat, ada org yg menangis ketakutan di saat menunggu hari jumaat…

mungkin ada yang tak tahu bahawa HARI KIAMAT akan terjadi pada hari JUMAAT, seharusnya pada hari khamis mlm jumaat, kita perlu bersedia terhadap sebarang kemungkinan…

tapi mungkin kerana asyik memikirkan hal dunia sehingga ramai daripada kita lupa bahawa zaman ini mungkin akan berakhir tidak lama lagi…

bukanlah nak cakap bahawa saya slalu mengingati bahawa hari jumaat adalah hari kiamat tapi sbg peringatan kepada sahabat saya yg rata2nya seperti sudah hanyut dengan cinta dunia…

menjelang esok, hari sabtu, bersyukurlah kepada tuhan kerana dunia masih belum kiamat, masih ada masa untuk kita bertaubat kepada NYA. Tapi ingatlah, kematian tidak menunggu hari kiamat, jadi sentiasalah bertaubat agar hidup tenang dikala mengharungi SAKRATULMAUT…