Archive for April, 2006

tennis tournament UTP OPEN….camne eh?

Saturday, April 29th, 2006

hum cerita untuk hari ni
(aku ada praktikel test ping pong)—-> sgt penat dr kol 9 susun table then dengar2 sket (hangat betul duk lam bilik berkuwap), kol 10.30 baru stat praktikel…..pastu abih koll 2 ptg lebih kurang la.

tp yg aku nak critanya….ari nih ada tournamen tennis UTP open. bohsan bosan duk lam bilik tu sambil tunggu turn (nama aku dah dkt la last2…..group last), aku g la tengok tournamen tu…

tak jauh pon….court tennis tu sebelah bilik ping pong tuh je, aku tengok la kawan aku main (kiranya aku masuk court tennis sbg penonton la), then ada seorang perempuan nih (aku agak dia seniur la tp yg dah kluar kot) freehair, n pakai bj cam sport yg lengan pendek (faham2la bj tuh camne)…dia lawan ngan kawan aku

yg aku nak tekankan di sini sebenarnya adalah dia (gurl)  tu ISLAM, then dia cakap kat kawan dia sorang yg pakai tudung (aku x siure plak kwn dia tuh lengan pendek ke panjang)

" Eh, diorang nih x panas ke pakai baju lengan panjang?" katanya….

aku cam terkejut je….oh tidak mengapakah soalan itu ditanyanya….tak tahu ke dia memang itu aurat, kena la tutup….tp aku nak ckp panjang pon tak guna gak sbb aku tak sempat nak cakap balik kat dia…

kesimpulan kat sini , kepada suma perempuan, tutupla aurat, sbb panas DUNIA tuh kecil sAngAt kalau banding ngan panas AKHIRAT nanti

adios~

surat berantai…BEWARE!!!

Thursday, April 27th, 2006

ALKISAH SURAT BERANTAI

Soalan 1: Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan ustaz?

Soalan 2 Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai. Di dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2 minggu. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu hajat atau niat. Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu perkara yang buruk. Apakah hukumnya mempercayai surat ini? Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan Photostat tetapi kini ia diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AnNur dapat memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya dapat edarkan kepada rakan-rakan saya yang masih mengedarkan risalah ini.

— Jawapan Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu.

Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa Sheik Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi dan memberi pesanan kepadanya. Seolah- olah Rasululllah SAW belum selesai tablighnya. Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida’, Rasulullah s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu" yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat inikah atau AlQuran?

Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT. Ini akan menjadikan kita syirik. Na’uzubillah. Sheik Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu, warak, alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk memesongkan aqidah umat Islam. Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi yang menceritakan tentang Sheik Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya.

60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan, mendapat bala. Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas. Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma setahu saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini.

— Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini. Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan. Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya memesongkan aqidah kita. Maka kita berjalan pula dimuka bumi Allah ini dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya kedalam Internet.

Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya disekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Dari Penerangan diatas jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah haram. Wallahu’allam.

— Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat berantai yang kononnya dari Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah didalam mimpinya, bacalah keterangan dibawah ini:- Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD.

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah Mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 dibawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa me! ninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah: -

- Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al- Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932)

- anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934)

- adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan

- anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad). Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". ( Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.7/78/I).

Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam Menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam." Lagipun," surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al- Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim".

HENTIKAN MENGHANTAR EMAIL YANG BOLEH MENJADIKAN KITA SESAT TANPA KITA SEDARI… INSAFLAH… SEMOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA KITA….

what do u do today?

Monday, April 24th, 2006

today story : Mufti Perak gives a Talk about the Challenge of Muslim People Today…..(didnt go…wat a shame..hoho)

ok la today i just want to share a poem that i get from the internet…good for us (muslim), take a look at the poem. muhasabah balik..

What did i do today?

Oh the moon has come, the day is done,
the night has covered up the sun,
I have stood so often before you to pray,
but I wonder Allah, tell me, what did I do today?
Did I remember the words of Al-Fatihah?
Did I take time to thank you for all that I have?
Did I call on you to guide my way?
Tell me what did I do today?

I have whispered to you as I made Ru’ku
Subhana Rabey’yal Adheem.
But was my faith bright or grey?
Oh Allah, tell me, what did I do today?
Did I smile at my brother?
Was I kind to my Mother?
Did I teach another something I know?
Or did my love of this world lead me astray?
Tell me what did I do today?

Sami Allah hu liman hamida
Rabbana Lakal Hamd.
Sami Allah hu liman hamida
Rabbana Lakal Hamd.

Though I’ve bowed to you with my face in the dust,
Subhana Raby’yal a`la.
The blessings you give I could never repay.
Oh Allah, tell me, what did I do today?
Did I use my time?
Did I use my mind?
If I search my heart what will I find?
The light of your guidance is a glimmering ray,
Tell me, what did I do today?
Oh Allah, Tell me what did I do today?

smile to fren, smile to everyone, make someone happy coz it will make us happy. take care of ur health and take care of ur famili

dont forget about our BELOVED PROPHET MUHAMMAD (prophet that has been sent to us by ALLAH)

*love is a feeling sent by God for ukhwah fillah, in famili, society and country…dont deny the feeling but secure it well

                                        -insan yg bukan byk ilmu sgt pon sekadar bercerita-

tips aku hilang tensen! (dont follow)

Sunday, April 23rd, 2006

huh esok aku ada 2 test…o chem ngan tpw..
saja je aku nak tulis blog sbb dah tension study jap..
jadi apa nak crita ye ari ni?

hahahahaha seperti biasa, sibuk seperti biasa tapi sebab dah penin aku layan la blog nih…best gak tulih tulih (type) hum……aku kalau bulih nak gelak ja kuat2 kat V3 nih, tp manala boleh nanti terkejut plak jiran aku…HAOHOHOHOHOOHO

hahahhahaha gelak lagi lah….serius bila tensen tahap pertama, aku akan gelak kuat2. sabarlah rummate ku, mmg style aku kalau aku tensen, aku akan gelak berlebihan tp takper dia pon sekaki…nasib baik dpt rumate best

hahahhahaha gelak lagi lagi lah….apabila tensen tahap kedua : MAKAN (eat eat)…eat whatever i had in the frigde and atas meja, dlam laci kengkadang berjalan ke bilik2 jiran utk mkn….makan lupakan sekejap masalah

terakhirnya….tensen tahap terakhir - tido ler…..(tido+nangis) aku tak kisah lah, org nak cakap aku manja ka, sensitif ka, emo ka, tp aku kalau tensen sangat aku suka nangis. crying is better than sesak nafas. kalo korang pernah merasainya bila stress over3x akan sesak nafas dan amat sakit. aku dahla mmg org yg cpt penat jadi kalau aku taknak sesak nafas yg sgt teruk kena la nangis (sakit tau sesak nafas- nafas x sampai)…hum slalu gak tertensen sampai ke tahap nih….lagi teruk kalau tengah jalan2 pon aku nangis (tp masa aku jln sorang2 le)…..Best jer kalau dapat mengeluarkan air mata (yg baiknya semasa berdoa)..

akhir kata….mungkin kita kena terpaksa berpura2 gembira dihadapan org walaupon hati sebenarnya terluka sbb ngn menggembirakan hati org akan membuat hati kita lebih gembira! setuju x? aku rasa aku setuju….hahahaha

sapa2 yg tensen n nak ikut cara aku lpaskan tensen….silakan tp aku tak galakkan sbb nanti org ingat cam dah sangat gila plak…ADIOS

know yourself better! :)

Friday, April 21st, 2006

1. what kind of first impression do you think
people will say when they first see you?
- hmmm… talkative, smiling, too matured…happy….dont know…different people different ideas i guess..we!!!

2. what’s one thing you like to do alone?
- berangan2 (biasela) and planning for the future…hehehe

3. what is your favorite line to say when you’re
drinking?
- humm…..thinking

4. how many drinks do u need for a day?
- not more than 1 liter if im happy but if im stress i drink more water

5. what song are you listening right now?
- KRU

6. what kind of books do you like to read?
- mostly are comics ( doremon, shin chan ) n bedtime story books (enid blyton)

7. do you think you’re cute?
- haha.. of course coz GOD is perfect so HE makes perfect things

8. do you have a problem changing clothes in front
of your friends?
- not really (female only) but sometimes….hum (female things)

9. what do you eat when you raid the fridge at
night?
- hoho.. if there were food…i’ll eat

10. describe your bed?
- blue bed sheet…..3 pillows…have bedtime story books on it…heheh makes me so sleepy

11. spontaneous or planned?
- both kt….depends on the situation

12. do you know how to play poker?
- nope..

13. what do you carry with you at all times?
- my key room

14. what do you miss most about being a kid?
- hum everything…my dad ( but it just when im 15 + )…my old frens…old game…hahahah tangkap ikan….main di bendang (sawah) waaaa very happy on that time…hum then main bola with jiran…..too many games and for the first time i receive award at skol

15. are you happy with your given name?
- very pretty name..sufinah (javanese naming system…hahaha) in arabic mean ahli sufi perempuan

16. what color is your bedroom?
- hum………biasela bilik asrama je skang nih. kaler putih je but i wish i will have bedroom with icy blue colour…really nice

17. have you ever fallen in love?
- er….never know wheter it is called love…huhi~

18. do you like yourself and believe in yourself?
- yerps and most of the time

19. do you consider yourself to be a nice person?
- maybe yes and no coz depends on my mood. but im always want to stay happy!

20. do you spend more time with your
girlfriend/boyfriend or your friends?
- of course my frenss coz u know…girls activity….hahaha

21.who do u like to meet most?
- er…..my mom? my sister? my brother……conclusion my family la….hahaha want to go home!

22. what is your ideal wedding location?
- hehehe mestilah in front of my house….weee! good place for a good wedding. hum hope i will be married :P

23. what instrument you wish you could play?
- violin….huhu good sound

24. whats one language that you really want to
learn?
- arabic

25. have you ever pierced your body parts?
- earinngs….long time ago ( 6 times semasa darjah 2 n 3 kot becoz always get tercabut when i was playing around )

26. do you have any tattoos?
- nopes

27. what’s one trait you hate in a person?
- smoking? humm…..know nothing but pretend to know everything

28. do you consider yourself materialistic?
-welll u know….women….hehehe

29. what do you cook best?
- spaghetti!! and cookies

30.favorite person/s to talk with on the phone?
- my Sister and my BROther

sedih lagi

Tuesday, April 18th, 2006

penatnya aku asyik sedih je bebaru nih
homesick kot….

aku tak gembbira
aku tak leh study
aku takleh nak buat keja apa pon

oh God plz make me happy back!

wei sedihnya begini

Saturday, April 15th, 2006

wei apa nih
hooooooooooooooooooooo menangis a aku camnih…hm isnin, 1 mei cuti, tp aku ada ko-q practical test ari sabtu pg sampai kol 1….huhuhu aku nak balik!!!!!!!!!!!!!!!!!

very ssad story…

aku sakit lagi…..hm mmg cabaran ( test from GOD), 3 days had sore throat, very sad……

rumah yg aku sayang

Friday, April 14th, 2006

hmm…..dah bulan 4 rupanya….dah 4 bulan aku tak balik umah rupanya….hmm sedihnya aku
hahahaa
aku tak balik pon raya cina, cuti mid sem ari tu pon aku tak balik.

mak aku dah call 5 kali dah after cuti mid sem tanya bila nak balik.hohoho
tp sorilah IBUKu (aku mmg nak balik), aku ada ko-q plak ari sabtu…sayang aku nak ponteng sbb skil for 3 hours berpingpong doo..

jadi aku meneruskan hidup ini di UTP ngan kehidupan yg agak strees, aku asyik sakit n feeling bad je bebaru nih…aku nak balik sebenarnya tp nak buat cemana,…bulan APRIL takde plak cuti ari isnin….hm

sedih gak sbb aku tak sempat jumpak akak aku….dh la balik dari indon sekali setahun je (sbb dia buat medic for 7 years) huhuhu sedihnya

jd impian aku skarang mudah mudahan exam start lambat sket so that i could go home during study week….

aku nk mkn byk benda….so plz to all yg kena mrah2 ngan aku dalam bulan 4 nih, soRI LA bebanyak coz aku tgh tensen tak dpt balik umah (mak aku plak kalau takat 3 hari bukan bagi aku balik)

hmm sudahnya….aku duk UTP lagi masih belum cuti secara rasmi

kepala sakit

Monday, April 10th, 2006

hum…..11 april….masuk hari nih dah 3 hari kepala sakit
nak kata aku stress, mungkinlah kot tp ari nih aku dah tak stress….kepala masih sgt sakit

stat sakit kepala lepas kluar ipoh
jhohohoh kejutan kepala kot….suma pakat lawan hon sapa paling kuat jadi aku pon pening dan bengang

kesimpulannya….aku tak mampu nak buat apa dah..tawakal…tahan sakit…mkn…tido…nangis…mandi…huhuhu

kuharapkan kesakitan ini tidak berpanjangan

hari ini dalam perasaan MARAH

Monday, April 3rd, 2006

hari ini hari isnin
aku rasa sangat marah
dah berlarutan 2 hari
kesian kat suma org
tp aku pon tatau…..aku x penah rasa marah sampai macam nih
sedih pon ada sbb perasaan marah tu sampai bawak ke kelas….aku tak faham apa pon yg lecturer ajar ari ni….de n itms je paham sikit tu pon sikit je…alhamdulillah faham jugak dari p chem ngan o chem.

lecturer tengah ajar aku cam nak nangis plak sbb tahan marah
aku pon tatau aku marah kat sapa skarang nih sbb byk sgt org yg buat aku marah
masalahnya masalah tu kecik tapi masalah yg ditimbulkan waktu aku tgh mDscn3554
arah…..

jadik berdoalah supaya aku cpat stabil emosi ….semoga aku dpt studi ngan lebih baik

AMIN