Aku datang dari keluarga yg besar…16 adik
beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak
aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-
best!!!
Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka
stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya
pulang ke pangkal jalan’"…maka adalah yg tak
kena sana sini…oh..
Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk
ustaz)
lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer…."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat
muka seposen…aku pun basuh tangan,
Nota untuk mua’alaf: sebelum makan sunnah Nabi
adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur,
insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang
mati Allah akan mempermudahkan segala urusan
hutang piutang korang. -Hutang
kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!
Sambung balik,
aku pun berpikir…ada baiknya
juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau
Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin
macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu
material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak
pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah
tu!!!
tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan
meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?,
oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot
buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan
tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar
di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..
Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa
makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi)
kemudian, ada pulak suara2 yg sound: "Eh,
kenyang ke makan dengan tiga jari? "
aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu
elok2 habis nasi satu pinggang!!! "
Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan
tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka
aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity
of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku
menukar jariku dari 3 kepada 5…oh..tepuk dada
tanya iman..
Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak
berbasuh…
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, buka
tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki
beriman)
"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya
diorang pada aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki….makan
sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku…
Banyak pulak diorang komplen cara aku
makan..err maksud aku cara Nabi makan… aku
tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalau aku
ubah topik dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput
dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat…bla
bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan
kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak
lawak) ha ha ha!!!"
aku menyambung: "Penting makan cara Nabi
sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah,
maka jadi macam lembu dan kambing makan
sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw
makan, maka di kira ibadat..
Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah
Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi
kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat
Allah. "
Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan..
(bayangkan seorang mak cik sedang tercekik
tulang)
Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara
berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang,
minum air dengan capat, makan nasi kepal dan
lain2, tapi masih tak berjaya..
kesian mak aku…
"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah
Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap
terer.."(kata abang aku)
Aku kata: "senang sajer…Mak angkat kedua-dua
tangan ke atas.. "
Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena
lurus… !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk
bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke
atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi,
manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan
rantai emas..)
Aku kata " SUPERMAN RETURN…HAHAHA"…(semua orang ketawa nasik terhambur-hambur)
mak aku jugak ketawa….sehingga tulang yg tercekik tu terkeluar..Semuanya dari ALLAH. he he selamat mencuba…ini bukan hadith, hanyalah ppenngalaman
PERHATIAN : sekiranya anda menjadi mayat kerana (kerana over ketawa tulang tercekik tengkuk) penulis tidak akan bertanggung jawab
credited : DaRa PuJaAN buletin board