Archive for October, 2006

hari sudah kiamat atau kiamat sudah dekat?

Friday, October 27th, 2006

tuh tajuk yg mak aku bagi utk cerita ‘kiamat sudah dekat’ yg setiap ari kol 6 tayang kat tv 9.
cerita tersebut mendapat sambutan menggalakkan dari keluarga aku….

dullu kiamat sudah dekat nih dia dari filem. skang dijadikan drama pulak. aku tak tengok pon yg filem tp drama tu aku tengok gk la smentara tunggu waktu berbuka. femili aku pon on slalu cerita tu…

suma org tau ka cerita tu pasal apa? aku bagi sket la synopsis cerita. kisah dia dia bermula dengan…

        "seorang pemuda yang bermain muzik rock bernama Fandy telah terpikat kpd seorang gadis bertudung, Sarah. Fandy tidak tahu menahu tentang agama walhal Sarah itu anak seorang pak HAJI (aku x tahu bapak dia ustaz ke idak tp slalu mengetuai majlis di masjid). Oleh kerana Fandy ingin berkahwin ngan Sarah, dia telah belajar solat, puasa dari seorang budak yatim bernama Saprol. Saprol juga mula meminati rock yg dibawa Fandy. Bapak Sarah, aku panggil pak HAJI je lah, pak HAJI akan menjodohkan Fandy dengan Sarah jika Fandy dpt menguasai ilmu ikhlas - iaitu keikhlasan niat utk berkahwin dengan Sarah.

        Fandy pon berusaha la menuntut ilmu ikhlas yg tidak dapat dituntut. BUT at the same time, ada seorang pemuda bernama Farid, anak peniaga batik yg mendapat didikan agama di Mesir, juga meminati dan meminang Sarah. Pak HAJI mengenakan syarat yg sama terhadap Farid. Akhirnya…siapakah yang berjaya utk mengahwini Sarah. Berjayakan mereka berdua menuntut ilmu ikhlas? "

jengjeng jeng…korang tgk a seniri. cerita nih aku raasa bkn cerita kosong. byk betul moral cerita neh. waloopon ye la tudung gaya bergaya masyarakat indonesia yg agak keBIENdaan. tp xpe. cita dia best.

aku tak tahu tema dia apa. tp benda penting yg dia paparkan ialah keterbukaan Islam dalam menerima org lain, pendidikan, keikhlasan (penting nh wei!) n pandangan orang Islam yang jahil tentang Islam terhadap Muslim fanatik. aaaaaaa apa ye? tuh yg aku rasa paling penting a.

sbb pak HAJI tu terbuka jugk nak amik seorang PENYANYI ROCK yg berpendidikan AMERIKA SYARIKAT utk menjadi menantunya walopon bersyarat. di samping dia pon berdakwah. byk benda bagus, nak aku ulas satu2 xmuat la kat sini. aku petik satu perbualan Saprol ngan kawan dia, Kipli…

Kipli : Prol, aku binggung Prol! Mengapa Tuhan bagikan pada ku ayah yg suka berjudik. suka pukul         anak sendiri. Kau tahu Prol? Aku bisa pusing befikir tentang hal ini.
Prol : Dulu aku juga bisa bertanya kepada Allah, Mengapalaa ayah ku dihanyutkan banjir,         
        Mengapaka ibuku jatuh miskin..jadik tukang cuci. Tapi Pli, ibuku kata…Allah pilih kita ini
         mungkin hanya kita yang mampu utk menanggungnya. Lu dapek ayah begitu, sbb Allah tahu
         hanya lu yang mampu mengadapnya Pli.

skrip tu sgt memberi kesan gak a kat aku. sbb ye la. idup kita nih as manusia. beban berbeza2 setiap manusia kan. hum. slalu kita memang rasa cam berat sangat nak pikul. tp itulah seperti nikmat utk tingkatkan kesabaran n kekuatan kita.

aku sambung sedikit cerita….bila Fandy tahu bersembahyang dan berpuasa, dia turut mengajak keluarga ny yg jugak buta agama. hum susah neh. tp itu cabaran. pastu skrip antara pak HAJI ngan Sarah..

Sarah : Ngapa ayah bisa berdebat sama mereka tentang anak. nanti Abang _ _ _ _ _ sama Sarah yg
             bisa tentukan pengajaran yg baik utk anak.
pak HAJI : Sarah, nanti tanggunganmu jadi semakin berat! Kau perlu didik anak sama suami dan
                 keluarganya. kerana mereka tidak tahu agama Sarah. Ayah hanya menegur cara
                 mereka..bukan ajak berdebat.

—————————————————————————————————————-
sesusah org yg tidak ketahui agama, mencabar jugak tugas org yg tahu agama…..jadik bersama-samalah kita mengimarahkan hari2 syawal ini dengan benda yang baik. jgn ikut slogan kata tv tu

                    " Sempena syawal yang mulia, kami sajikan dengan hiburan utk memeriahkan syawal anda"

aku bold n highlight bendayg contradicts kat situ. bleh berhibur tapi paham2 la hiburan jenis apa yg ada kat tv tu….

FActs Vs MAwi

Friday, October 27th, 2006

rasanya ini adalah post kedua tentang mawi
aku bukan peminat dia
jauh jugak bkn peminat dia
tp bukan benci dia sangat pon

cuma saje nak ulas sal kontroversi yg melanda dunia hiburan skang nih
hahohaho….pastu ada org kata kat aku
"apa neh hiburan2 neh x payah kesah la…dah mmg x dpt dibendung lagi"

biar la nak kata apa pon…aku nak ulas gak. bebaru nih aku slalu gak baca paper. so slalu la jugak terbaca post wartawan, komen artis, surat pembaca tentang kontroversi mawi skang nih…

bkn kontroversi yg dia nak sunting ikin tu (aku pon terbaca lam metro)…kontroversi sal mawi nak berlakon tu la. hummm lama dah ka? lama la jugak kan berita pasal tu. tp x abih2 lagik media sembang pasal benda nih.

xpe la. mawi berkata setelah mendapat tawaran berlakon dalam ‘aduhai saliha’ - kak chai jgn bangga!! hahaho
" saya berlakon boleh tp syarat saya xnak la adegan pegang2 tangan " …huhuhu ayat nih telah menimbulkan ketidakpuasan hati kepada ramai artis tanah air baik lelaki mahupon perempuan.

so aku bagi la ayat2 artis kita yg melatah terhadap kenyataan yg dikeluarkan mawi

artis 1 yang sudah tua -
"Mawi x patut cakap begitu. saya x nafikan memang pegang tangan laki perempuan tu berdosa. tapi dah nama berlakon perlu saya pegang tangan. niat saya nak berlakon. cari duit utk bagi mkn anak isteri saya. Kalo saya x bagi isteri ngan anak saya makan pon berdosa. malah lebih berdosa!"

artis 2 yang sangat popular dan slalu menang anugerah pelakon terbaik -
"Kenyataan Mawi mengguris hati saya sebagai seorang pelakon. dia mengandaikan kami berlakon memang sengaja untuk bersentuhan lelaki perempuan. saya belakon bukan suka2 nak pegang2 tangan orang. cerita tersebut memerlukan saya memegang tangan orang. kami perlu menghayati watak tu, saya pon bukan suka nak pegang tangan anak, isteri orang ni."

artis 3 wanita yang sudah berkahwin, pernah menyepikan diri kemudian muncul balik -
"Kalau banyak pantang larang, Mawi x payah berlakon. Mmg la mawi kata Iran tu, filem diorang xde pon adegan pegang2 tangan tp bleh menang Award, tp dia kena ingat itu stail diorang. kita ada stail kita sendiri "dik" (refers to Mawi)"…

berikutan kenyataan tersebut, maka ramailah artis dan wartawan yang mengecam tindakan nya itu…..

huhu komen aku?
hum aku bkn la suka mawi sangat pon. x penah minat pon. aku x kisah la dia hipokkrit ka apa ka. tp kenyataan dia utk tidak berpegang tangan adalah satu tindakan yg baik.

aku rasa most artis pon tau (yg muslim la) pegang ngan bukan muhrim tu salah disisi undang2 islam. tu pon nak defendd jugak stand diorang (ego la tu)…padahal mawi x cakap plak sal pelakon lain berpegang tangan atau sapa yg berpegang tangan terus berdosa masuk neraka.

dia cuma ckp dia xnak pegang tangan. ulas mawi lagik
"filem iran boleh berjaya, malah digeruni, x pyah pon pegang2 tangan"

aku xdak la kisah sangat filem tu berjaya ka or not. sbb pegang tangan bukan muhrim mmg dah salah.
sbenarnya malaysia nih, aku pon dah x faham….bila mufti/ulama kata " haram sekian2" - pon nak tolak…
ada artis yg ada kesedaran kata "saya xnak sekian2"…..diaanggap byk ragam. walopon benda tu fact la. skang nih orng ikut kata orang yg berkuasa…x kesah la popular ke, byk duit ke jawatan tinggi lam govenmen ke….tp cam tu la

bla bla bla
sbenarnya aku nak statekan….wahai orang2 yg nak bergelar artis (walopon aku tau xde artis nak baca blog aku kecuali artis lukisan yg kawan2 aku tu)….kalo korang x suka fakta yg baik. duduk diam sudah la. jgn nak menunjukkan lagik kebodohan anda tentang sesuatu yg anda tidak tahu langsung. sekian =D

ok!

Monday, October 16th, 2006

ok                       ok
ok ok           ok ok
ok ok ok ok ok ok ok ok ok

pe aku buat neh.

erm aku nak listed kan project/assignmen too all chemis jan05
- eg project
- eg individual project
- eg test
- lab design project
- test fluid mech
- assignmen meb
- project meb
- assignmen men 2
- sp test
- term paper project

——-byk gk tp lagik ramai org ada byk keja dr nih kan.
tp aku sedih gk a. sbb skg nih musim jerebu. suma org pon byk sakit. group aku 2 org yg lain sahaja yg bebetul komited pon sakit. ttinggal aku sorang dan 1 orang lagik.

hum….tp sebenarnya aku pon skg tgh sakit gak. cemana la pagi nih leh gastrik pulak. lepas sahur aku tido jap 13 minit, bangun lepas azan subuh. pastu aku sgt gestrik, tp mana leh mkn ubat dah time tu sbb dah posa stat kan…hum

ari nh aku pon cam x bermaya…mampu type blog nih je la

perkongsiaan ari nih xde pe pon cuma just nak clarify balik yang RAMADAN bakal berakhir. buat aku x suka dengar lagu raya. blok aku neh bising2 gk pasang lagu raya. tp aku cam sedih gk a bila pk pk balik..
sebab nanti syaitan dah x diikat, dirantai…dah lepas. makin menjadi2 la nanti UTP nih. aku ramadan kali nih, lebih kurang berbandng lepas, taun nih byk tinggal terawih. um bkn suatu benda yg bagus sbb terawih ada masa raamadan je

ok la perut aku dah sakit sangat nih
akhir kata, slamat ari raya kepada semua n mintak maaf diaatas kesilapan yg pernah dilakukan. haraap maaf kerana sy hanya mampu meminta maaf.

alahai sufinah

Friday, October 13th, 2006

bla bla bla
ngumpat, ngutuk bla bla bla
apa nak jadik nih sufinah

huhuh
aku saje boring nak tulih blog pulak. tapi sebenarnya bukan ada apa pon. tiada luahan hati untuk hari ini walopon aku berasa sedih —>mate pon bengkak hahaha

kesihatan masih tidak memberangsangkan. napa tah mata nih pedih lagi. humm aku baca newspaper jerebu (indeks pencemaran udara) dah rendah tapi tadik jerebu tebal gk.
apa la nak jadik

eh aku memang x dak cerita la. hahahaha memang dasar pelajar membuang  masa. nih lah contoh yg bagus. hummmm keja sangat belambak tp aku pon x  tau nak buat mana satu (atau lebih tepat xto buat langsung) —>alih2 buat blog

ada orang kata,
"eh sempat lagik buat blog, kata busy"
hahahaha gelak sket kat sapa yg kata gini kat aku. hum….sebizi bizi aku, aku masih nak menjaga mental akuu ngan baik a. kalo leh ada apa2 aku xnak a simpan. takut nanti aku meletup susah. sbb aku dah meletup amik masa dekat sebulan nak recover. hum susah tu

aku xderlah bizi mana. begini ja aku. bz as student. tp reason aku tensi2 sebenarnya bermula ngan tidak ADA KEMAHIRAN UNTUK membagikan masa ngan betul. aku study2, g klas g la jugak. tp balik bilik tangan mula la gatal. kalo x  saja2 tgk document dulu3 kala, aku surf, x pon buat blog….patutnya kena la study. baru la leh nak jadik BIJAK!

membazir x? ya kot. aku rasa cam membazir, tapi kenapa aku buat gak? hm….susah tu. walopon membazir masa tp beerbaloi kot dari segi perkongsian (NOTE : aku x dak apa2pon nak dikongsikan sebenarnya) alasan je tu

hohoho

aku nieh ada masalah gak a. aku sebab sangat suka beralasan. sangat tidak bagus. hohoho
tuh ja kotl…
overall hidup utk hari nih memang menyedihkan tapi xpola aku harap yg lebih gembira hari mendatang

bla bla bla…..SELAMAT BERTEST/BERPROJEK/BERASIGNMEN/BERPRESENTATION utk semua kengkawan yg berkenaan

dengan ucapan tulus ikhlas. jgn lupa ramadan dah nak abih !

to my beloved……

Wednesday, October 11th, 2006

oh my dear labmate,

since we seat together from EG group, MEB group and FLUID MECh group, until now…

we have gone through many obstacles…………….

just to finish our group assignmentS, our group projectS, our group reportS and our group long repot

though we have sleep patner in our team, he would not break our tie, he would not!

we got our marks. WE GOT OUR PROJECT MARKS…..for eg.

we are thankful to ALLAH for giving us chance to get better mark even with only 3 WORKING people in our team.

we finished our project…only we three do. we put all our effort..and we get WAT we deserved. and ALLAH The GRAcious ONE

we do the report, most of the part, we did not copy, we did not take from other previous group……because we try to do the best wat we can do.

now we are almost at the end of the sem…too many assignment to submit, PROJECTS cannot say, chapters to be covered…..we already finished all the reports and lab (but not lab design project yet)

so to my beloved…….

i love my labmates. and plz be well inform i really appreciate both of u in our team. so i want to wish the very hopefully wish, that all of us will succeed in this sem….

insyaallah

with that i thank you =D

ape ayat aku buat nih

post ari nih aku dedicate kan buat labmates aku yang tersayang : Epul A n Epul B…sorang lagik labmate kita X termasuk..

repeat : ANOTHER ONE OF MY LABMATES IS not INCLUDED!

bukanku tidak percaya cuma……

Saturday, October 7th, 2006

cam jiwang lak title.
hum tp sebenarnya itulah yg terjadik
tp bukan jiwang
cuma luah perasaan katidakpuasan ati kepada org!

ai….bebalik x puas ati jee keja aku cam aku best sgt. aku x de la best mana, byk kekurangan gak tp aku meluahkan perasaan je. mengata ke? hummm cam statekan ffakta jerr gaya.

hari ini aku dalam marah. FAHAM? MARAH…M-A-R-A-H !!!!. sbb tadik ada discussion group lab.
sorang labmate aku yg kononnya hensem ini ada meting berhampiran tempat discussion kami.
mmg a kitorang tau dia sibuk, tp bukannya dia x tau group nak buat lab repot discussion.
lepas metin tu bukannya x leh pegi lab group discussion. kitorang nak compile dianya part ja….
tunggu cam tunggul kayu (walopon buat gk la update2 bahagian sendiri) dia abih metin supaya dia dtg gk group discussion after metin..
hampeh! x datang pon. aku mmg sabar mulanya bila sorang lab mate aku yg lain kata,

    "eee, aku geram la dia nih…dianya part tu 15 minit bleh siap, tp suruh org tunggu lebih 30 minit. dah la dah janji nak bagi part seblom 9pm. skg dah kol 10.30pm x bg jugak pon"

tp sejak dia x datang ke group discussion after metin (kami nampak dia abih metin pastu melilau sendiri - padahal tau kitorang buat group discussion) aku berasaaa sgt marah. marah nih isk x patut. syaitan lak angin2 lagi kemarahan tu. lagik la marah aku. pastu lab mate aku yg lain antar message supaya dia bg cepat result dia.
cepat dia bagi result, cepat la group leh compile utk long lab repot. bayangkan skg nih dah 24 pages….dia x contribute even 1 page! group mate apa gini…

bila org tanya bila nak bagi, dia kata
" dont worry, i know my task n i will not let my group just like that "….wat like that?
selama nih kami (group aku) slalu cover dia. start dar first lab! first lab fluid mech, eg project, eg group assignmen, suma kami yang cover.
eg project dia langsung x sentuh! even 1 part pon.
mmg ada org kata, ko kena la percaya kat dia supaya dia bleh nak buat part. tp macammana aku nak percaya kalo takat lab group discussion pon x leh datang. buat result x tahu tp asyik nak lawa2. slow gila. ingat sehari ada 72 jam ka.

tp yg paling x puas ati sampai dia cakap benda x elok bila org tanya dia bila nk antar. janji nak antar pukul..sekian2…kalo lewat 2-3 jam x per lagik nih skg kol 5.34 pagi! aku x dpt lagik.
kang aku bagi dia, compile sampai x tido mlm pastu bising kat group kata dia x tido, padahal result compilition dpt repot ciplak dr group lain.

x bleh nak geram2 sangat..tp dia langsung x kenang budi. bukan nak ungkit apa yg kitorang buat kat dia.
tp kena la faham group ada 4 orang tp 3 org ja keja. 1 langsung x buat apa tp dapat markah percuma. bila org mintak buat keja yang paling sikit n the easiest part in the whole lab repot. pon x dpt buat..ambik data je, salin balik lam soft copy je. bkn kena kira2 pon. tuh pon kena tunggu seminggu ke?

malas dah. aku bukan mengutuk!!!! aku mengexpress ketidakpercayaan aku kepada dia lagik. dr dulu aku ada lab patner, ini paling teruk. aku harap tiada yg lain yg lebih teruk dari ini. mungkin dia rasa aku lab mate dia yg teruk gak. aaa biaq la kt dia…..
perasan hebat+macho+hensem+cakap cam bagus+nak nice, tp product ZERO!

sekian perasaan marah aku untuk hari ini
__________________________________________________________________###

islam betul ke?

Wednesday, October 4th, 2006

again, aku bukan org yg alim, aku bukan org yang bijak ilmu agama, aku sememangnya tidak berHAk untuk memberi pendapat tentang islam tetapi aku nak bg pandangan tentang orang yg view islam nih…

especially for the muslim if u read this….
baru nih ada org gaduh ngan aku, sbb aku kata tolak mesjid = tolak islam….maybe salah aku la kot sbb pakai lepas je ayat tu

pastu ada insan berkata "oo kalo gitu ko nak katekan, kalo aku x pegi masjid, aku jarang g masjid, aku bukan orang islam la? sape ko nak nilai keislaman seseorang tu…"

aku memang bukan sesiapa utk menilai keislaman seseorang. hanya ALLAH yang layak. tapi tugas aku jugak untuk menegur. mungkin sahih nya x nampak. ayat aku tu macam lebih kurang je kalo tolak solat dalam islam = tolak islam. sbb kita mana buleh amik sekerat je Islam , thenm yg lain buat cam org bukan Islam buat.

kalo org menjangkakan aku tak boleh menegur orang yg aku rasa perbuatannya x kena ngan islam. aku rasa x patutlah kan. mungkin aku byk amik analogi tp itu lah fakta. fakta mengatakan kalo kita orang islam, kita kenala patuh pada 5 rukun islam iaitu …….suma org pon patut tahu kalo dia org islam……

tetapi masih ada org islam yg tidak solat, tidak puasa di bulan ramadan. sesungguhnya hak pahala, dosa n syurga neraka adalah milik ALLAH.
tapi kalo kita nampak org yg cukup syarat utk berpuasa di bulan Ramadhan tidak brpuasa, xkan x boleh menegur sbb nanti org tu mungkin akan berkata…

"sapa awak nak tegur saya, kalo sy x puasa x beerti saya bukan orang islam, kalo saya x solat bukan bermakna saya bukan org islam"

so how?

ape yg aku dapat hasil pergaduhan tadik, pepandai la fikir…azab rahmat ditangan ALLAH. ALLAH maha adil n mengetahui. mungkin aku salah sebenarnya (walopon aku ingat betul), mungkin aku ego mase bergaduh….suma nya mungkin

tp aku kate apa yg aku rasa je la. sbb aku rasa kalo kita mengajak kepada kebaikan, its ok kalo xmo ikut tp kenapa nak tolak?

———-aku tgh emo skang nih hohoho…sekian saja——–

mana kata nak buat…tiipu suma ne

Sunday, October 1st, 2006

hum
hum kali pertama
hum kali kedua
  hum kali ke setrusnya…..

skg nih UTP tgh hangat nak pilihan raya, walopon menifesto ada tp x ramai budak utp yg pegi. ye la suma sibuk stadi je…tp xpo. its a choice to have

saje nak komen pasal cecalon yg betanding kali nih….utk general constituency aku x smpat nengok menifestonya sampai abih, smpat sampai calon ke2 saja tp aku tgk sampai abih bebudak yg betanding utk kerusi course constituency….

menurut pemerhatian aku, bebudak chemi lebih bertendency utk betanding. buktinya utk 2 kerusi for course constituency, ada 4 org dak chemi betanding…..for general constituency plak, kalo x silap aku 4 org gak dak chemi.

fuh fuh total dak chemi yg mencuba nasib adalah 8 org…wuyooo ramai tu. batch aku pulak lagik la sakan.. 4 org wakil dari batch aku betanding, hihihi lucu gak la pulak tapi bagus a diorang nih. berani nak betanding

tapi……dalam keghairahan nak betanding tu pon pepatutla. semalam ada menifesto for course constituency, kalo x silap aku calon nih adalah utk BIS/ICT, CIVIL, n CHEMI course lah..calon2 yg nak betanding…byk la aku rasa diantara mereka nih, tak tau sangat pasal MPPUTP…elaborate234 punya la panjang tp aku x nampak mana function or their definition towards MPPUTP body itself. condemn condemn MPP lepas macam kalo dia dpt masuk MPP, MPP terus jadk perfectionist body.

bagi aku, kalo nak masuk betanding utk MPP kena la prepare. bukan prepare mental je…knowledge pon kena la prepare. nih ekonomi MPP pon x tahu, event MPP pon x tahu. betanding utk MPP tapi cakap macam nak masuk RCSU plak. RCSU n MPP adalah 2 body yg bebeza lam UTP nih. pepaham la. bila orang tegur…dia kata " im a new student! im just entering UTP at july 05, thats y i have no experience yet involve in MPP event!!!" (kata ngan emo)..

for me, emo tu x salah…nak emo emo lah camna pon tp jgn la marah dekat microfon tu, sakit telinga aku walopon aku duk seat plg fourth atas. ada ja kawan aku or senior yg masuk july 05 but they are actiive…aku batch jan05, xde la beza mana sangat pon.

utk course constituency, aku tgk diorang nih byk nak tolong welfare bebudak course diorang je…kalo camtu baik join klab course je..course society pon bleh buat pasal welfare bebudak diorang. MPP utk suma students..walopon mmg dah course dia ja leh undi dia utk course constituency, tp jgnla mengecilkan ati bebudak course lain..

lagik satu bebudak nih..aku pon cam…hummm mmg la aku x betanding. aku x cukup berani la nak betanding. tp just nak comment la as org yg akan mengundi. bg aku utk jdk pemimpin, x payah la nak janji2 manis sangat, idea nak projek besar2 sangat….bagus kalo ada impian tinggi.

    tapi jgn cakap cam ahli politik luar kampus lak….pom pam pom pam cam nak rak tanah masa menifesto pilihanraya, after dpt undi…..sepi ja. nak kluarkan idea bagi la realistik sikit. nih bebanyak kata

1."kurangkan saman! —> x fikir effect after kurangkn saman".
2."ubah spot complex to the new v5!"—->bagus tp bajet sapa nak carik memang bleh propose tp susah…takat nak buat kelab sukan pon tunggu sampai 1 tahun!, nih nak ubah spot complex. term diorang tu pon 1 tahun je..
3."buat paking lot baru ratakan pokok"—>suka ja nak suggest nih. cam senang betul cakap. lagikpon kan dah ada paking lot baru, kurang oksigen lak tu kalo buat
4."bumbung pejalan kaki"—->idea lebih kurang sal ngan paking lot

etc etc etc….terlalu banyak
aku? aku x dak idea yg nk diperbaharui tp aku suka stail sorang calon nih. bukan nak angkat tapi siasat la calon no 4 utk CHEMICAL ENG course. dia x kata nak buat2 ini itu masa dianya speech but when people ask, baru dia ckp. walopon the way her talk is average tp isi speech dia tu bagus aku rasa. sbb org dah malas dah dengar " SAYA AKAN BUAT bla..bla..bla…bla"…jdk x salah kalo cakap somthing to improve skills. at least, sedap di dengar. sbb bila cakap "saya pasti buat blablabla….kalo saya terpilih blablabla" org mmg da set lam mind

                "ala…janji kosong, x realistik"

sekian saja, repot utk menifesto kali nih..hihi calon2 yg direcommend oleh aku :
utk
1) CHEMICAL ENGINEERING COURSE CONSTITUENCY
-nursyamimi yusof (no4)

2) GENERAL CONSTITUENCY
-hani sabrina (no3)
-nuqman (no9)
-kak maziah (xtahu no)

vote is ur choice, its only a recomendation ya. no offense plz! this is wat a calon say "STUDENTS RIGHTS!"…..

with that i thank you
hohohoh
————————————————————————-